SEJARAH SEKOLAH



Sejak 64 tahun dahulu, tidak ada sebuah sekolah pun di Kampung Baru Batu Matang, Batu Matang atau dahulunya lebih dikenali sebagai Ladang Batu Matang. Oleh yang demikian, atas inisiatif penduduk Ladang Batu Matang dan sokongan beberapa  orang terpelajar, maka wujudlah sebuah kelas petang khususnya untuk mengajar bahasa ibunda kepada anak-anak penduduk di sini. Pada tahun 1934, Pentadbiran Ladang Batu Matang telah melantik Encik Sengalvaraya sebagai guru kelas petang tersebut. beliau telah dibantu oleh menantunya, Encik Appaji.

Kelas petang tersebut telah dijadikan sekolah pagi oleh pentadbiran ladang pada tahun 1940. Seorang guru bernama Encik Munusamy ditugaskan pada tahun tersebut. Kemudian, Encik Nyanakan bertugas dari tahun 1941 hingga 1947, Encik Muniandy dari tahun 1948 - 1949, Puan Danabakiam sehingga Julai 1949.

Encik G. Muthusamy telah menjadi guru sekolah mulai 25.7.1949. Pada masa itu, sekolah-sekolah tamil di negara ini telah dijadikan sekolah bantuan kerajaan. Dalam rancangan tersebut, sekolah ini dijadikan sekolah bantuan kerajaan. Hanya seorang guru yang bertugas di sekolah ini ketika itu.

Apabila negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31.8.1957, sekolah ini telah mendapat guru Bahasa Malaysia yang pertama iaitu Encik Mohamad bin Abdul Hanan, dan guru Bahasa Inggeris Encik Aijunid bin Haji Marikan.

Bangunan sekolah ini pun dibesarkan apabila bilangan murid sekolah ini bertambah. Ini diikuti pula oleh pertambahan bilangan guru. Bangunan sekolah juga dibesarkan. Kini sekolah ini mempunyai 9 orang guru termasuklah guru besar, seorang pembantu tadbir dan 4 orang  Pekerja Am.

No comments:

Post a Comment